Posted in
Hye u all,
Dengar cite Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyenaraikan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan Akta Jualan Langsung 1993 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 bagi membekukan wang pelaburan haram.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu akan dilakukan dalam waktu terdekat untuk membanteras jenayah kolar putih membabitkan pelaburan orang ramai.
"Dahulu, hukuman yang dikenakan ialah denda atau penjara tetapi selepas ini, kesemua akaun wang pelaburan itu dapat dibekukan,"
Beliau berkata melalui langkah ini, akaun pelaburan masih boleh dibekukan walaupun wang tersebut dibawa lari ke luar negara ataupun didaftar atas nama orang lain.
"Sehingga kini empat buah syarikat telah dikenal pasti terbabit dalam wang kutu di mana satu daripadanya disabit bersalah dan selebihnya masih dalam siasatan," katanya.
Selain itu, KPDNKK juga akan meminda Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 untuk menambahberatkan hukuman yang kini dendanya sebanyak RM5,000 dan penjara tiga tahun.
"Denda yang dikenakan sekarang amat kecil nilainya jika dibandingkan dengan jumlah besar wang dibawa lari oleh ketua kutu yang kononnya ingin membantu orang lain," katanya.
Mintak2 kerajaan dapat senaraikan nama-nama syarikat MLM.. jgn ada yang terkena..


